Calendar Widget

Thursday 20 November 2014

Jambatan Pergigian / Fixed Fixed Bridge

Apakah Jambatan Pergigian?

Ianya adalah 'Jambatan' bagi menggantikan gigi yang tiada di antara 2 gigi.


Ianya dihasilkan dengan cara mengecilkan gigi di kiri dan kanan kawasan yang kehilangan gigi itu (dikenali sebagai abutment) untuk menerima korona (crown) gigi, dan disamping itu, gigi palsu diletakkan di tengah2 antara abutment tersebut (dikenali sebagai pontic).

Apakah kebaikan membuat jambatan pergigian?

1) Untuk mengembalikan semula senyuman anda
2) Untuk mengembalikan semula kebolehan fungsi mengunyah dan bercakap
3) Untuk mengekalkan bentuk muka anda
4) Dengan menggantikan gigi yang tiada, kita dapat mengagihkan proses pengunyahan makanan secara meluas kepada gigi-gigi yang ada (tidak hanya tertumpu kepada satu gigi sahaja dimana nanti ianya boleh menyebabkan gigi yang tertumpu itu mengalami masalah lain seperti sakit gusi, gigi berlubang dan sebagainya)
5) Menghalang daripada gigi yang ada bergerak keluar dari kedudukan sedia ada / yang sepatutnya.

Gambar kes bridge di Klinik Pergigian Erfa

Jika anda berminat dengan rawatan jambatan pergigian bagi menggantikan gigi anda yang telah dicabut, boleh datang ke Klinik Pergigian Erfa untuk pemeriksaan dan konsultasi dengan doktor kami. Klinik Pergigian Erfa terletak di 23-G & 25-G, Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Anda juga boleh hubungi kami di 03 - 4131 7945 atau whatsapp 018 - 363 4945 bagi membuat temujanji. 

Saturday 11 October 2014

ZIRCONIA CROWN

Patient datang beritahu kami dia akan melangsungkan perkahwinan pada hujung bulan oktober ini. Patient komplen gigi hadapan tidak rata. Beliau mahukan gigi yang cantik di hari perkahwinannya.
Apa kami buat? 2 unit zirconia crown bagi membetulkan kedudukan gigi tersebut dan patient sangat gembira kerana result tersebut diperoleh hanya dalam jangkamasa 10 hari sahaja!
Anda juga boleh! Kami sedang mengadakan pemeriksaan gigi percuma; dan ianya dilanjutkan hingga ke hujung tahun ini atas permintaan ramai!
Boleh hubungi kami di 03-4131 7945 untuk temujanji atau walk-in ke klinik kami di 23-G JALAN DATARAN WANGSA 1, DATARAN WANGSA MELAWATI, 53300 KUALA LUMPUR.

Friday 19 September 2014

5th MONTH ANNIVERSARY OF KLINIK PERGIGIAN ERFA

Alhamdulillah... klinik kini sudah menginjak ke usia 5 bulan. Syukur yang tidak terhingga dengan rezeki yang telah Kau berikan Ya Allah. Semoga Kau berkati dan halalkan rezeki kami Ya Allah.

Hari ini nak cerita mengenai rawatan Ortodontik (Braces) yang turut disediakan di klinik kami. Rawatan dijalankan oleh Pakar Ortodontik kami yang sangat berkaliber, teliti dan peramah orangnya. Rawatan Ortodontik ini adalah untuk membetulkan kedudukan gigi yang tidak teratur, jongang, sesak (crowding), jarang dan yang sewaktu dengannya dengan menggunakan aplians khas - fixed apliances dann removable apliances.

Fixed apliances juga dikenali sebagai braces. ada 2 jenis iaitu metal bracket atau ceramic bracket (warna sama dengan gigi) di mana ianya lebih estetik kerana tidak begitu ketara.

Metal bracket

Ceramic bracket

Terdapat juga removable apliances (boleh dikeluarkan dari mulut). Biasa juga dikenali sebagai Retainer (untuk dipakai sesudah selesai rawatan menggunakan braces), untuk mengekalkan kedudukan gigi yang sudah berubah kedudukan supaya berada dalam keadaan yang lebih tetap dan stabil. Ianya PERLU di pakai mengikut arahan yang diberikan oleh pakar Ortodontik. Jika tidak, gigi yang sudah dibetulkan itu boleh bergerak ke kedudukan sebelum rawatan @ relaps.

Ada juga removable apliances yang lain seperti twin block, URA (upper removable apliance) dan sebagainya.

Retainer



Terkini, ada rawatan untuk menggerakkan gigi dengan menggunakan pendakap khas yang lutsinar. Rawatan ini dikenali sebagai ClearPath Orthodontics.

ClearPath Aligners
Adakala, rawatan di atas memerlukan sokongan seperti transpalatal arch atau mini screw / implant. Semuanya adalah bergantung kepada gigi individu masing-masing. Setiap pesakit mempunyai pendekatan rawatan yang berbeza antara satu sama lain.

Mini screw / implant for Orthodontic treatment

Transpalatal arch
Oleh itu, anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan nasihat secara lanjut mengikut keadaan gigi / mulut anda di klinik kami bagi mengetahui pilihan rawatan yang ada dengan pakar Ortodontik kami. Boleh hubungi kami di talian 03-4131 7945 untuk maklumat lanjut dan temujanji atau datang terus ke klinik kami di Klinik Pergigian Erfa, 23-G Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.


Thursday 21 August 2014

Klinik Pergigian Erfa is 4 months today! Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. Klinik Pergigian Erfa dan masuk 4 bulan hari ini. Syukur kepada Allah yang memberi rezeki..


Gambar 1 : Promosi Ogos - Oktober
Hari ini nak cerita pasal rawatan pemutihan gigi. Bulan Ogos hingga Oktober ni kami menawarkan pakej pemutihan gigi. Pakej adalah pemutihan gigi yang dilakukan di klinik (terus boleh nampak result pemutihan dia lepas buat rawatan yang memakan masa lebih kurang sejam) dan home kit untuk digunakan sendiri oleh pesakit ketika di rumah; bertujuan untuk memutihkan lagi gigi atau sebagai maintenance di rumah..

Pemutihan gigi atau whitening ni adalah proses memutihkan gigi yang kelihatan kuning disebabkan oleh stain dalaman gigi tersebut. Kesan pemutihan gigi ini boleh bertahan sehingga 2 - 3 tahun (bergantung bagaimana pesakit menjaga kebersihan gigi,  cara pemakanan/minum atau faktor lain seperti merokok dan sebagainya).

Gambar 2: Pesakit share pengalaman di Instagram





Di sini dikongsikan testimoni seorang pelanggan kami yang sangat berpuas hati dengan rawatan pemutihan gigi di klinik kami baru-baru ini.



Di sini pula gambar gigi pesakit sebelum mendapatkan rawatan pemutihan, semasa dan selepas rawatan tersebut. Boleh juga tengok entry untuk rawatan pemutihan pelanggan kami yang lain di SINI

Gambar 3 : Sebelum warna C2

Gambar 4: Semasa rawatan. Gel warna merah adalah gel / agen pemutihan gigi

Gambar 5 : Selepas rawatan.. A1

Friday 18 July 2014

3 Months Anniversary Klinik Pergigian Erfa (",)

       Alhamdulillah.. 20 Ramadhan 1435 hari ini.. Menuju ke 10 Ramadhan terakhir.. Marilah bersama-sama kita menambahkan amal ibadat kita, dan semoga kita semua dapat bertemu dengan malam Lailatul Qadar.
 
       Perjalanan klinik sehingga hari ini Alhamdulillah.. Syukur dengan rezeki Allah. Di sini saya nak share kes pemutihan gigi yang sempat saya rakamkan gambarnya baru-baru ini..

Sebelum pemutihan - kaler gigi C2
Shade guide untuk tengok warna gigi (untuk pemutihan)
Selepas pemutihan - kaler gigi A1

        Jadi, kepada sesiapa yang berminat untuk membuat rawatan pemutihan gigi, boleh la berbuat demikian di Klinik Pergigian Erfa, di 23-G Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Boleh walk-in untuk buat pemeriksaan gigi secara percuma sebelum memulakan rawatan pemutihan gigi ini atau boleh dapatkan appointment di talian 03 - 4131 7945.


Friday 13 June 2014

We Accept Credit , Debit & ATM card!

Clinic main entrance


Good news! We accept payment by credit card & debit card starting from today! We also provide ezy pay plan 0% for Maybank Card Credit holders up to 12 months installment. 

Starting from today, we can be reached at our new phone number --> 03 4131 7945 and Whatsapp 018 363 4945

Do call us for appointment or you can just walk in to our clinic at 

Klinik Pergigian Erfa
23-G & 25-G Jalan Dataran Wangsa 1,
Dataran Wangsa Melawati,
Wangsa Melawati,
53300 Kuala Lumpur.




Figure 1 : Before
Figure 2 : After



Figure 3 : Before
Figure 4 : After

Tuesday 6 May 2014

Klinik Pergigian Erfa di Buletin Rakyat....

       Alhamdulillah.. Hari ini genap 16 hari Klinik Pergigian Erfa beroperasi. Untuk klinik yang 'muda', sambutan amatlah menggalakan. Syukur pada Allah atas rezeki yang dilimpahkan kepada kami, dan jutaan terima kasih kami ucapkan kepada semua yang menyokong kami, mendoakan kami, memberi aura positif supaya kami lebih berdaya saing, berdaya maju dan semoga kita memperoleh keberkatan dari-Nya.

       Jangan lupa dapatkan Buletin Rakyat isu 1 Jun 2014 yang berada di pasaran sekarang untuk membaca cerita klinik kami - rujuk gambar artikel di bawah (",)

Buletin Rakyat - Isu 1 Jun 2014