Calendar Widget

Thursday 20 November 2014

Jambatan Pergigian / Fixed Fixed Bridge

Apakah Jambatan Pergigian?

Ianya adalah 'Jambatan' bagi menggantikan gigi yang tiada di antara 2 gigi.


Ianya dihasilkan dengan cara mengecilkan gigi di kiri dan kanan kawasan yang kehilangan gigi itu (dikenali sebagai abutment) untuk menerima korona (crown) gigi, dan disamping itu, gigi palsu diletakkan di tengah2 antara abutment tersebut (dikenali sebagai pontic).

Apakah kebaikan membuat jambatan pergigian?

1) Untuk mengembalikan semula senyuman anda
2) Untuk mengembalikan semula kebolehan fungsi mengunyah dan bercakap
3) Untuk mengekalkan bentuk muka anda
4) Dengan menggantikan gigi yang tiada, kita dapat mengagihkan proses pengunyahan makanan secara meluas kepada gigi-gigi yang ada (tidak hanya tertumpu kepada satu gigi sahaja dimana nanti ianya boleh menyebabkan gigi yang tertumpu itu mengalami masalah lain seperti sakit gusi, gigi berlubang dan sebagainya)
5) Menghalang daripada gigi yang ada bergerak keluar dari kedudukan sedia ada / yang sepatutnya.

Gambar kes bridge di Klinik Pergigian Erfa

Jika anda berminat dengan rawatan jambatan pergigian bagi menggantikan gigi anda yang telah dicabut, boleh datang ke Klinik Pergigian Erfa untuk pemeriksaan dan konsultasi dengan doktor kami. Klinik Pergigian Erfa terletak di 23-G & 25-G, Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur. Anda juga boleh hubungi kami di 03 - 4131 7945 atau whatsapp 018 - 363 4945 bagi membuat temujanji. 

3 comments:

  1. Saya byk kehilangan gigi kt atas.. kat bawah pun sama.. ada beberapa btg gigi yg longgar jgk.. agak2 boleh tlg saya x? Mcm mana dgn kos utk kes saya ni?

    ReplyDelete
  2. Hai Effarizati. Daripada penerangan yang cik berikan, better jika cik dapat datang ke klinik untuk membuat pemeriksaan lanjut. Mungkin kita kena ambil x-ray dulu, dan doc juga akan check condition gigi & gusi cik untuk kita tentukan prognosis setiap gigi cik. Kemudian, baru doc akan advice rawatan yang sesuai dengan condition gusi & gigi cik.. ;)

    ReplyDelete
  3. Saya kehilangan dua batang gigi di bahagian hadapan semasa excident.. brapa kos untuk sebatang gigi ea?

    ReplyDelete