Calendar Widget

Friday 19 September 2014

5th MONTH ANNIVERSARY OF KLINIK PERGIGIAN ERFA

Alhamdulillah... klinik kini sudah menginjak ke usia 5 bulan. Syukur yang tidak terhingga dengan rezeki yang telah Kau berikan Ya Allah. Semoga Kau berkati dan halalkan rezeki kami Ya Allah.

Hari ini nak cerita mengenai rawatan Ortodontik (Braces) yang turut disediakan di klinik kami. Rawatan dijalankan oleh Pakar Ortodontik kami yang sangat berkaliber, teliti dan peramah orangnya. Rawatan Ortodontik ini adalah untuk membetulkan kedudukan gigi yang tidak teratur, jongang, sesak (crowding), jarang dan yang sewaktu dengannya dengan menggunakan aplians khas - fixed apliances dann removable apliances.

Fixed apliances juga dikenali sebagai braces. ada 2 jenis iaitu metal bracket atau ceramic bracket (warna sama dengan gigi) di mana ianya lebih estetik kerana tidak begitu ketara.

Metal bracket

Ceramic bracket

Terdapat juga removable apliances (boleh dikeluarkan dari mulut). Biasa juga dikenali sebagai Retainer (untuk dipakai sesudah selesai rawatan menggunakan braces), untuk mengekalkan kedudukan gigi yang sudah berubah kedudukan supaya berada dalam keadaan yang lebih tetap dan stabil. Ianya PERLU di pakai mengikut arahan yang diberikan oleh pakar Ortodontik. Jika tidak, gigi yang sudah dibetulkan itu boleh bergerak ke kedudukan sebelum rawatan @ relaps.

Ada juga removable apliances yang lain seperti twin block, URA (upper removable apliance) dan sebagainya.

Retainer



Terkini, ada rawatan untuk menggerakkan gigi dengan menggunakan pendakap khas yang lutsinar. Rawatan ini dikenali sebagai ClearPath Orthodontics.

ClearPath Aligners
Adakala, rawatan di atas memerlukan sokongan seperti transpalatal arch atau mini screw / implant. Semuanya adalah bergantung kepada gigi individu masing-masing. Setiap pesakit mempunyai pendekatan rawatan yang berbeza antara satu sama lain.

Mini screw / implant for Orthodontic treatment

Transpalatal arch
Oleh itu, anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan nasihat secara lanjut mengikut keadaan gigi / mulut anda di klinik kami bagi mengetahui pilihan rawatan yang ada dengan pakar Ortodontik kami. Boleh hubungi kami di talian 03-4131 7945 untuk maklumat lanjut dan temujanji atau datang terus ke klinik kami di Klinik Pergigian Erfa, 23-G Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.