Calendar Widget

Friday 19 September 2014

5th MONTH ANNIVERSARY OF KLINIK PERGIGIAN ERFA

Alhamdulillah... klinik kini sudah menginjak ke usia 5 bulan. Syukur yang tidak terhingga dengan rezeki yang telah Kau berikan Ya Allah. Semoga Kau berkati dan halalkan rezeki kami Ya Allah.

Hari ini nak cerita mengenai rawatan Ortodontik (Braces) yang turut disediakan di klinik kami. Rawatan dijalankan oleh Pakar Ortodontik kami yang sangat berkaliber, teliti dan peramah orangnya. Rawatan Ortodontik ini adalah untuk membetulkan kedudukan gigi yang tidak teratur, jongang, sesak (crowding), jarang dan yang sewaktu dengannya dengan menggunakan aplians khas - fixed apliances dann removable apliances.

Fixed apliances juga dikenali sebagai braces. ada 2 jenis iaitu metal bracket atau ceramic bracket (warna sama dengan gigi) di mana ianya lebih estetik kerana tidak begitu ketara.

Metal bracket

Ceramic bracket

Terdapat juga removable apliances (boleh dikeluarkan dari mulut). Biasa juga dikenali sebagai Retainer (untuk dipakai sesudah selesai rawatan menggunakan braces), untuk mengekalkan kedudukan gigi yang sudah berubah kedudukan supaya berada dalam keadaan yang lebih tetap dan stabil. Ianya PERLU di pakai mengikut arahan yang diberikan oleh pakar Ortodontik. Jika tidak, gigi yang sudah dibetulkan itu boleh bergerak ke kedudukan sebelum rawatan @ relaps.

Ada juga removable apliances yang lain seperti twin block, URA (upper removable apliance) dan sebagainya.

Retainer



Terkini, ada rawatan untuk menggerakkan gigi dengan menggunakan pendakap khas yang lutsinar. Rawatan ini dikenali sebagai ClearPath Orthodontics.

ClearPath Aligners
Adakala, rawatan di atas memerlukan sokongan seperti transpalatal arch atau mini screw / implant. Semuanya adalah bergantung kepada gigi individu masing-masing. Setiap pesakit mempunyai pendekatan rawatan yang berbeza antara satu sama lain.

Mini screw / implant for Orthodontic treatment

Transpalatal arch
Oleh itu, anda boleh mendapatkan pemeriksaan dan nasihat secara lanjut mengikut keadaan gigi / mulut anda di klinik kami bagi mengetahui pilihan rawatan yang ada dengan pakar Ortodontik kami. Boleh hubungi kami di talian 03-4131 7945 untuk maklumat lanjut dan temujanji atau datang terus ke klinik kami di Klinik Pergigian Erfa, 23-G Jalan Dataran Wangsa 1, Dataran Wangsa Melawati, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur untuk pemeriksaan lanjut.


22 comments:

  1. Replies
    1. braces RM5000 - 6000. deposit RM2000 (dibayar masa nak pakai braces), manakala lebihnya boleh bayar installment (RM150-200/sebulan)

      Delete
  2. Assalamualaikum doc...nak tanya umur 35thn boleh pakai brace tak?..actualy gigi geraham sebelah atas dah dicabut sebatang sebelah kiri ,,sebatang lagi sebelah kanan...sye kalau boleh tak nak buat bridge atau implan gigi...sejak hilang gigi geraham atas sye rasa mcm pertuturan tak beberapa jelas...so boleh nak tutup lubang gigi yg hilang tu dengan pakai brace ni?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Waalaikumsalam.. boleh je 35 tahun nak pakai braces. better datang check dulu, then boleh advice apa rawatan yang sesuai. mungkin tak perlu pakai braces.. antara rawatan lain untuk menggantikan gigi adalah implan, bridge atau denture. denture pun ada banyak jenis tapak dia.. akrilik, flexible (valplast), cobalt-chrome...

      Delete
  3. Assalamualaikum. Nak tanya, kalau pakai braces pada gigi atas sahaja berapa ye kosnya? Terima kasih. :)

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam..

    braces atas sahaja @ bawah sahaja adalah 1/2 price dari harga biasa.

    ReplyDelete
  5. Assalam nak tanya harga braces mmg starting 5k above ea ?

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  7. kalau untuk ceramic bracket bpe harga doc? boleh buat bhgian ats gigi saja?

    ReplyDelete
  8. better datang check dulu untuk check sama ada boleh pakai atas sahaja or kene pakai atas & bawah. for appointment & pertanyaan lanjut boleh call 03-4131 7945

    ReplyDelete
  9. harga aligner clear path anggaranye berapa ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi.. clear aligner dalam RM15k++.. but depends.. tengok keadaan gigi. boleh datang check dulu ye..

      Delete
  10. Doctor, kalau saya nak pasang braces tapi ada satu batang gigi saya patah bahagian depan boleh pasang ke braces?

    ReplyDelete
  11. hi. clearpath dan invisalign bezanya brand dia.. kedua-duanya adalah jenis clear aligners (menggunakan ceper khas berbentuk gigi yang clear untuk menyusun kedudukan gigi).

    ReplyDelete
  12. doc,klu nk psang URA tu brp ya kos?

    ReplyDelete
  13. doc,klu nk psang URA tu brp ya kos?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kene dtg check dulu.. then doc akan advice design URA (active component) yg sesuai dgn condition gigi. Starting RM250++/unit.

      Delete
  14. Klu ada gigi pernah buat veneer & crowning bole pakai braces ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. boleh je pakai braces pada gigi yang ada veneer or crown, tapi kene dtg check dulu. doc akan advice setelah melihat condition di dalam mulut ;)

      Delete
  15. Assalamualaikum,

    Deposit 2 Ribu termasuk dengan Scalling, extractio and x-ray ke?

    ReplyDelete
  16. Doktor, berapa kos consultation dan berapa kos untuk betulkan gigi jongang bawah?

    ReplyDelete