Calendar Widget

Thursday 21 August 2014

Klinik Pergigian Erfa is 4 months today! Alhamdulillah...

Alhamdulillah.. Klinik Pergigian Erfa dan masuk 4 bulan hari ini. Syukur kepada Allah yang memberi rezeki..


Gambar 1 : Promosi Ogos - Oktober
Hari ini nak cerita pasal rawatan pemutihan gigi. Bulan Ogos hingga Oktober ni kami menawarkan pakej pemutihan gigi. Pakej adalah pemutihan gigi yang dilakukan di klinik (terus boleh nampak result pemutihan dia lepas buat rawatan yang memakan masa lebih kurang sejam) dan home kit untuk digunakan sendiri oleh pesakit ketika di rumah; bertujuan untuk memutihkan lagi gigi atau sebagai maintenance di rumah..

Pemutihan gigi atau whitening ni adalah proses memutihkan gigi yang kelihatan kuning disebabkan oleh stain dalaman gigi tersebut. Kesan pemutihan gigi ini boleh bertahan sehingga 2 - 3 tahun (bergantung bagaimana pesakit menjaga kebersihan gigi,  cara pemakanan/minum atau faktor lain seperti merokok dan sebagainya).

Gambar 2: Pesakit share pengalaman di Instagram





Di sini dikongsikan testimoni seorang pelanggan kami yang sangat berpuas hati dengan rawatan pemutihan gigi di klinik kami baru-baru ini.



Di sini pula gambar gigi pesakit sebelum mendapatkan rawatan pemutihan, semasa dan selepas rawatan tersebut. Boleh juga tengok entry untuk rawatan pemutihan pelanggan kami yang lain di SINI

Gambar 3 : Sebelum warna C2

Gambar 4: Semasa rawatan. Gel warna merah adalah gel / agen pemutihan gigi

Gambar 5 : Selepas rawatan.. A1

No comments:

Post a Comment